19.4.11

Tensi (",)

setelah berkurun lamanya tidak singgah di blog ni, terdetik jugalah untuk saya meninggalkan sedikit nukilan hati yang lama terpendam tidak terluah. hampir seminggu bertungkus lumus menyiapkan PROJEK SARJANA MUDA atau singkatannya PSM. sudah menjadi lumrah pelajar tahun akhir untuk melaksanakan thesis yang memberi makna yang mendalam dalam diri mereka. namun begitu, ia tidaklah semudah yang disangka. beribu macam perasaan muncul tika menyiapkan projek ini. sesngguhnya amalah tertekan. memang logiklah kalau ada pelajar yang tensi sehingga melakukan perkara di luar jangkaan. tapi itu hanyalah mainan syaitan dan ujian dari Yang Maha Esa.
hati sangat gembira apabila kerja yang selama ini dilakukan dengan penuh usaha dan pengorbanan telah siap dengan sempurna. terasa tiada la bebanan,tetapi apakan daya, sebenarnya ada lagi projek dan assignment yang menanti untuk disiapkan. bukan kerana suka melakukan kerja di saat akhir, tetapi sememangnya kerja itu diperolehi di saat-saat akhir minggu kuliah. sebagai seorang pelajar universiti, haruslah mengikuti segala arahan dan tugasan pensyarah untuk mendapat markah yang baik.
walaupun minggu pembalajaran sudah bermula, namun tugasan-tugasan perlu diselesaikan dahulu. inilah tanggungjawab seorang mahasiswi.


mood : mencari ketenangan menyiapkan kerja yang berlambak sebelum bermulanya 'final exam' ! + skema

No comments: